Tuesday, December 18, 2018

Pasukan Catur menang 2 Emas, 1 Perak di AUG2018

Syukur Alhamdulillah, di atas kejayaan pasukan Catur Malaysia memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) ke 19, di Nay Pyi Taw Myanmar yang berakhir semalam.  


Pasukan Catur Malaysia meraikan kejayaan memenangi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak selepas tamat pusingan akhir semalam

Monday, December 17, 2018

Emas Pertama Atlet Catur Malaysia (Keputusan Tak Rasmi)

Syukur Alhamdulillah.. 

Selepas tamat pusingan ke 6 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018, pasukan catur wanita Malaysia secara tak rasmi telah pun berjaya memenangi Pingat emas. Tahniah!!


Pasukan Catur wanita Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat Emas Pertama dalam acara Catur 

Sunday, December 16, 2018

Keputusan Pusingan ke 5 Kejohanan Catur AUG 2018

Cabaran pasukan catur negara diteruskan lagi dalam pusingan ke 5 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Persaingan semakin sengit terutamanya dalam kategori individu wanita dan peluang untuk mendapatkan pingat perak bagi kategori lelaki berkumpulan. 

Cabaran semakin sengit di pusingan ke 5 

Saturday, December 15, 2018

Keputusan Pusingan ke 4 Kejohanan Catur AUG 2018

Cabaran pasukan catur negara diteruskan lagi dalam pusingan ke 4 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam pertandingan kali ini, pasukan catur Indonesia merupakan halangan terbesar buat pasukan negara untuk memenangi pingat emas .


Dalam pusingan ke 4, 4 meja teratas kategori lelaki dan 2 meja teratas kategori wanita di monopoli oleh pemain-pemain catur Indonesia dan Malaysia.


4 meja teratas kategori lelaki dan 2 meja teratas kategori wanita di monopoli oleh pemain-pemain catur Malaysia dan Indonesia

Friday, December 14, 2018

Keputusan Pusingan ke 3 Kejohanan Catur AUG 2018

Cabaran pasukan catur negara semakin hangat dalam pusingan ke 3 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam cabaran kali ini menyaksikan "persaingan minda" diantara atlet-atlet catur IPT negara dengan atlet-atlet catur IPT negara-negara asean yang melibatkan negara Indonesia, Myanmar, Timor-Leste, Brunei dan Thailand

Perlawanan Pusingan ke 3 Kejohanan Catur AUG 2018 sudah bermula

Thursday, December 13, 2018

Pusingan Ke 2 Kejohanan Catur AUG ke 19 (13 Disember 2018)

Cabaran Pasukan Catur Malaysia di teruskan lagi dalam pusingan ke 2 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam cabaran kali ini menyaksikan pertembungan diantara atlet-atlet catur  IPT Malaysia dengan atlet-atlet catur dari IPT negara-negara asean seperti Indonesia, Myanmar, Timor-Leste, dan Thailand

Pusingan kedua telah diadakan pada 13 Disember 2018 tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI LELAKI

Longuinhos Guterres (0) (Timor-Leste) Vs Yeap Eng Chiam (2074)  
Meja ke 4

Wednesday, December 12, 2018

Pusingan pertama pertandingan Catur AUG2018 (12 Dec 2018)

Pertandingan Catur Asean University Games (AUG) 2018 telah bermula pusingan pertama pada 12 Disember 2018 yang melibatkan penyertaan 6 buah negara iaitu Malaysia, Myanmar, Indonesia, Thailand, Brunei dan Timor-Leste.

Pasukan Catur Malaysia sudah bersedia untuk beraksi

Tuesday, December 11, 2018

Opening Ceremony : Asean University Games 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada petang semalam telah berlangsung Majlis Pembukaan "Opening Ceremony" Asean University Games ke 19 yang berlangsung di Wunna Theikdi Sports Stadium (Indoor Stadium).

Perbarisan kontinjen 11 buah negara semasa Opening Ceremony Asean University Games 2018

Sunday, December 9, 2018

Perjalanan pergi ke Nay Pyi Taw, Myanmar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 9 Disember 2018 tiba giliran pasukan catur Malaysia untuk bertolak ke Myanmar setelah berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi selama 3 hari. 

Seawal jam 4.00 pagi kami bertolak dari UKM Bangi ke KLIA 1 dengan menaiki bas yang disediakan oleh tuan rumah. 

Atlet-atlet dan pegawai-pegawai pasukan Catur Malaysia bergambar bersama keluarga atlet di KLIA 1 sebelum berangkat ke Myanmar

Saturday, December 8, 2018

Persiapan Akhir Atlet Catur Malaysia sebagai Persediaan untuk menghadapi AUG ke 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Pasukan Catur Malaysia akan turut beraksi dalam Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) kali ke 19 pada 9 hingga 21 Disember 2018 di Naypyitaw, Myanmar.



Atlet Catur Malaysia yang akan bertanding di AUG 2018 bergambar kenangan dengan Ratu Bowling negara puan Shalin Zulkifli 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...