Pada 9 Disember 2018 tiba giliran pasukan catur Malaysia untuk bertolak ke Myanmar setelah berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi selama 3 hari.
Seawal jam 4.00 pagi kami bertolak dari UKM Bangi ke KLIA 1 dengan menaiki bas yang disediakan oleh tuan rumah.
Atlet-atlet dan pegawai-pegawai pasukan Catur Malaysia bergambar bersama keluarga atlet di KLIA 1 sebelum berangkat ke Myanmar
Atlet Catur lelaki dan wanita bergambar bersama pengurus dan jurulatih di KLIA 1 sebelum berlepas ke Myanmar
Atlet catur wanita bergambar dengan ibu kepada dua orang atlet wanita (adik beradik) iaitu WFM Nabila dan WFM Najiha
Berlepas ke Myanmar
Penerbangan kami ke Myanmar kali ini dengan menaiki pesawat MH0740 milik syarikat Malaysia Airline System (MAS). Kami berlepas sepatutnya pada jam 9:10 pagi waktu Malaysia dan sepatutnya dijangka tiba di lapangan terbang Yangon pada jam 10:15 pagi.
Tetapi, atas faktor cuaca, penerbangan ditangguhkan kepada jam 10:00 pagi waktu Malaysia dan tiba di lapangan terbang Yangon pada jam 12.15 pm (waktu Malaysia).
Ketibaan kami di Lapangan Terbang Yangon disambut oleh Mr. Michael Yei Wee Keat bersama dengan LO yang ditugaskan untuk mengiringi kami di sepanjang perjalanan dari Yangon ke Nay Pyi Taw.
LO kami Kim dan Mr. Michael
Di Lapangan terbang Yangon selepas mengambil bagasi
Turut bersama dalam penerbangan kami ialah Ketua Kontinjen Malaysia YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin dan timbalannya iaitu En. Gazari Osman.
YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin (Ketua Kontinjen) (dua dari kiri) dan En. Gazari Osman (Timb. Ketua Kontinjen) (dua dari kanan)
Perjalanan dari Yangon ke Nay Pyi Taw
Pada jam 1.00 petang (waktu Malaysia) kami telah berangkat dengan menaiki bas express dari Yangon ke Nay Pyi Taw. Jarak Yangon ke Nay Pyi Taw dengan menaiki bas adalah sejauh 6 jam perjalanan.
Sepanjang perjalanan tersebut, kami hanya berhenti untuk makan sekali sahaja di satu hentian rehat. Untuk makluman, ini merupakan satu-satunya hentian rehat yang ada di sepanjang laluan perjalanan tersebut.
Disebabkan perut dah minta untuk diisi selepas melalui perjalanan yang memenatkan, kami pesan sahaja menu yang rasa-rasa "Halal" untuk di makan.
Pada menu yang diberikan pada kami tertera perkataan "HALAL" dalam bahasa Malaysia. Cuma tak pasti adakah ayam atau daging disembelih dengan betul? Jadi nak rasa lebih selamat makan nasi yang tak ada mengandungi ayam dan daging dalam penyediaannya.. In Shaa Allah, lebih di yakini halal..
Makan dengan penuh berselera disebabkan kelaparan
Salah satu perkara yang menarik perhatian kami di sini, semasa nak membayar. Kami duduk semeja 13 orang, dan masing-masing bayar sendiri sebab masing-masing tak tukar duit "Kyats" dengan banyak semasa di airport.
Semasa bayar, gigih betul cashier dan pelayan kedai makan keluarkan resit tulisan tangan satu persatu. Setiap seorang dapat satu resit. Jadi ada 13 resit Cashier dan pelayan kedai makan nak kena tulis untuk kami. setiap resit ada ditampal sticker tax mengikut nilai wang kertas yang kami bayar.
Sebagai Contoh dalam gambar di bawah, tax yang dikenakan ke atas saya ialah 250 kyats.. saya bayar Tax guna sehelai wang kertas 200kyats dan 50kyats.. jadi dapatlah 2 sticker tax seperti dalam gambar tersebut.
Contoh resit bayaran makan yang kami terima (tulisan tangan) siap ada sticker berdasarkan nilai tax yang kami bayar.
Nota : RM1 = 374.59kyats
Kebanyakan Nasi goreng biasa berhara 3500kyats bersamaan dengan RM9.34 duit Malaysia. Nasi goreng seafood yang saya beli ni berharga 5000kyats bersamaan dengan RM13.34. Boleh tahan juga harga makanan di sini
Tiba di Nay Pyi Taw
Selepas mengharungi perjalanan yang panjang dan tersangat memenatkan. Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di tempat yang di tuju iaitu Horizon Lake View Resort pada jam 7.30petang (waktu Malaysia). Waktu ni di Myanmar dah gelap (9.00 pm) disebabkan perbezaan masa diantara Malaysia dan Myanmar lebih kurang satu jam setengah.
Gembiranya bila dah sampai
Sebaik sahaja sampai di Nay Pyi Taw, kami terus dihidangkan dengan makan malam. Betul-betul langkah kaki kanan ni. Tanpa menunggu lagi, kami terus sahaja menikmati hidangan makan malam yang disediakan di Daining Hall Athlete.
- Inn Gyin Villa
- Tharaphi Villa (Lokasi Diining Hall Athlete)
- Thazin Villa (Penginapan atlet Catur)
- Kankkaw Villa (Tempat Sport Massage dan Medical Room & Phisiotherapy)
Nota : Gym dan Swimming Pool terdapat di Villa 4 (Kankkaw Villa)
Kedudukan setiap Villa dalam Horizon Lake View Resort
Sebaik sahaja masuk dalam bilik masing-masing dah tak sabar nak tidur disebabkan terlalu letih mengharungi perjalanan yang cukup memenatkan.
Bilik penginapan kami di Thazin Villa, Horizon Lake View Resort, Nay Pyi Taw
Setinggi penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah di atas servis kelas pertama yang diberikan kepada kami. Makan sedap, tempat penginapan yang cukup selesa. Syukur Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment