Monday, December 17, 2018

Emas Pertama Atlet Catur Malaysia (Keputusan Tak Rasmi)

Syukur Alhamdulillah.. 

Selepas tamat pusingan ke 6 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018, pasukan catur wanita Malaysia secara tak rasmi telah pun berjaya memenangi Pingat emas. Tahniah!!


Pasukan Catur wanita Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat Emas Pertama dalam acara Catur 


Pusingan ke 6 telah diadakan pada 17 Disember 2018 tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI WANITA

  WFM TAN LI TING (2096)  Vs  HTET HTET THAN SEIN (0) (Myanmar)
Meja pertama

      WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889) Vs WIM CHELSIE MONICA IGNESIAS SIHIT (2227) (Indonesia) 
Meja ke 2

PRONOUMA  PROMSIRINIMIT (1575)(Thailand) Vs WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989)
Meja ke 4

HTET HTET WIN (1596) (Myanmar)  Vs NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) 
Meja ke 5

HNIN PWINT PHYU (1475) (Myanmar)  Vs  WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985)  
Meja ke 6

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 6 bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:



Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 6 bagi kategori individu wanita

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu wanita selepas berakhirnya Pusingan ke 6

Ranking Individu wanita selepas tamat Pusingan ke 6

Berdasarkan kedudukan semasa, seorang atlet catur Malaysia WFM TAN LI TING berpeluang untuk memenangi pingat EMAS untuk kategori wanita individu setelah mendahului setengah mata berbanding 2 pesaing terdekat dari Indonesia iaitu WFM Ummi Fisabilillah dan Chelsie Monica Ignesias Sihite masing-masing dengan 5.0 mata. 

Walaubagaimanapun, cabaran masih berbaki lagi 1 pusingan. Tan Li Ting masih belum berada di kedudukan yang selesa. Beliau perlu menang dalam pusingan terakhir esok untuk memastikan pingat emas secara sah menjadi milik beliau. 

Dalam kategori berpasukan pula, pasukan wanita Malaysia secara tidak rasmi telah layak memenangi pingat emas dengan mata terkumpul sebanyak 18.0 mata. Pasukan negara jauh meninggalkan pasukan di tempat ke 2 Myanmar yang berjaya mengumpul 11.0 mata, diikuti dengan pasukan Indonesia dengan 10.0 mata dan seterusnya pasukan Thailand ditempat yang ke 4 dengan 4.0 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan wanita:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Malaysia                  18.0 pts     GOLD MEDAL
Myanmar                   11.0 pts
Indonesia                  10.0 pts 
Thailand                     7.0 pts





KATEGORI LELAKI

 Awang Mohd Syafie (1761) Vs IM Muhammad Agus Kurniawan (2258) (Indonesia) 
Meja ke 3

Yeap Eng Chiam (2074) Vs Moe Win Kyaw (1880) (Myanmar)
Meja ke 5

Harit Sakboon (1549) (Thailand) Vs Chan Sheng Yip ( 1909 )
meja ke 6

  Subramanian A/L Sivanesan (2013)  Vs Thaw Zin Htet (1812) (Myanmar)
Meja ke 9

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 6 bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:


Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 6 bagi kategori individu lelaki

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu lelaki selepas berakhirnya Pusingan ke 6

Ranking Individu lelaki selepas tamat Pusingan ke 6

Bagi kategori individu lelaki, seorang atlet Malaysia masih berpeluang untuk mendapatkan pingat gangsa. Ini berikutan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur, untuk kategori individu hanya 2 orang atlet sahaja bagi setiap negara yang boleh menaiki podium. Sekiranya atlet catur lelaki Indonesia memenangi tempat pertama hingga ke 4, atlet yang berada di tempat ke 5 akan menaiki podium untuk pingat gangsa. 

Dalam kategori berpasukan pula, pasukan Indonesia telah pun berjaya memenangi pingat emas secara tak rasmi dengan mata terkumpul sebanyak 23.0 mata. Pasukan lelaki Malaysia berada di tangga ke 2 dengan mata terkumpul sebanyak 12.5 mata, berbeza 2.0 mata dengan pasukan Myanmar yang berada di tempat ke 3 dan diikuti oleh pasukan Thailand ditempat yang keempat dengan 9.5 mata. 

Kedudukan pasukan lelaki negara berada dalam situasi yang agak genting pada ketika ini, walaupun mempunyai peluang untuk memenangi pingat Perak . Dalam perlawanan akhir esok, pasukan lelaki negara perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 2.0 mata untuk memastikan pingat perak berada dalam genggaman. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan lelaki:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Indonesia                23.0 pts    GOLD MEDAL
Malaysia                12.5 pts
Myanmar                 10.5 pts
Thailand                    9.5 pts


Misi diteruskan Lagi dalam Pusingan terakhir!!

Misi yang seterusnya ialah untuk memenangi setiap perlawanan dalam pusingan terakhir. Pusingan terakhir akan berlangsung esok (18 Disember 2018) pada jam 13.00 (waktu Myanmar)

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kategori lelaki dan wanita untuk pusingan terakhir
Jadual perlawanan pusingan terakhir bagi kategori lelaki


Jadual perlawanan pusingan terakhir bagi kategori wanita

Berdasarkan kedudukan semasa ditambah dengan masih ada berbaki lagi 1 pusingan, pasukan Malaysia masih berpeluang untuk mendapatkan : 
  • 2 pingat emas (Berkumpulan wanita + individu wanita)
  • 1 pingat perak (Berkumpulan lelaki)
  • 2 pingat gangsa (individu lelaki + individu wanita)

Walaubagaimanapun, semua atlet perlu cuba bermain dengan sebaik mungkin supaya tidak kehilangan mata kepada pihak lawan.

Doakan semoga kami berjaya memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan terakhir esok. 

MALAYSIA BOLEH!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...