Thursday, December 13, 2018

Pusingan Ke 2 Kejohanan Catur AUG ke 19 (13 Disember 2018)

Cabaran Pasukan Catur Malaysia di teruskan lagi dalam pusingan ke 2 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam cabaran kali ini menyaksikan pertembungan diantara atlet-atlet catur  IPT Malaysia dengan atlet-atlet catur dari IPT negara-negara asean seperti Indonesia, Myanmar, Timor-Leste, dan Thailand

Pusingan kedua telah diadakan pada 13 Disember 2018 tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI LELAKI

Longuinhos Guterres (0) (Timor-Leste) Vs Yeap Eng Chiam (2074)  
Meja ke 4


IM Muhammad Lutfi ( 2402 ) (Indonesia)  Vs Subramanian A/L Sivanesan (2013)
meja ke 5

Htet Zaw Phone (2096) (Myanmar) Vs Chan Sheng Yip ( 1909 )
Meja ke 6

Moe Win Kyaw (1880) (Myanmar) Vs Awang Mohd Syafie (1761)

 Pattarapong Asavayutphol (1321) (Thailand) Teh Wee Zhun (1823) 
Meja ke 8

Keputusan Perlawanan Pusingan Kedua bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:

Keputusan Perlawanan Pusingan Kedua bagi kategori individu lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur lelaki Malaysia kerana berjaya mengumpul 3 mata dalam pusingan kedua melalui Chan Sheng Yip dan Yeap Eng Chiam masing-masing dengan satu mata, manakala Awang Mohd Syafie dan Teh Wee Zhun masing-masing berjaya mendapat setengah mata.


KATEGORI WANITA

WFM UMMI FISABILILLAH (2213) (Indonesia) Vs WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985)
Meja ke 2 

HTET HTET WIN (1596) (Myanmar) Vs WFM TAN LI TING (2096)
Meja ke 3

WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989) Vs SIRINAPA SULAMNAT (0)(Thailand)
Meja ke 4

 PORNOUMA PROMSIRINIMIT (1575) (Thailand) Vs WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889)
Meja ke 5

HTET HTET THAN SEIN (0) (Myanmar) Vs NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) 
Meja ke 6

Keputusan Perlawanan Pusingan Kedua bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:


Keputusan Perlawanan Pusingan Kedua bagi kategori individu wanita

Pasukan catur wanita Malaysia kerana berjaya mengumpul 3.5 mata dalam pusingan kedua menerusi Tan Li Ting, Nur Nabila Azman Hisham, dan Puteri Rifqah Fahada Azhar masing-masing dengan satu mata, kemudian diikuti dengan Najihah Mohd Saufi dengan setengah mata.

Pasukan Catur Malaysia : Setelah selesai pusingan Kedua


Perjuangan akan diteruskan Lagi dalam Pusingan yang ke 3!!

Misi yang seterusnya ialah untuk memenangi setiap perlawanan dalam pusingan yang ke 3. Pusingan ke 3 akan berlangsung pada 14 Disember 2018 pada jam 13.00 (waktu Myanmar)

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kategori lelaki dan wanita pada pusingan ke 3.

 Jadual perlawanan pusingan ke 3 bagi kategori lelaki

Jadual perlawanan pusingan ke 3 bagi kategori wanita


Doakan semoga kami berjaya memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan ke 3 esok, supaya kami berpeluang untuk memenangi pingat emas dalam pertandingan catur Asean University Game (AUG) pada kali ini. Doakan yer.. Ameen..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...