Wednesday, December 12, 2018

Pusingan pertama pertandingan Catur AUG2018 (12 Dec 2018)

Pertandingan Catur Asean University Games (AUG) 2018 telah bermula pusingan pertama pada 12 Disember 2018 yang melibatkan penyertaan 6 buah negara iaitu Malaysia, Myanmar, Indonesia, Thailand, Brunei dan Timor-Leste.

Pasukan Catur Malaysia sudah bersedia untuk beraksi

Sebelum pertandingan dimulakan, satu sesi taklimat ringkas dan bacaan doa telah dilakukan untuk mendapatkan semangat dalam satu pasukan.

Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum para pemain berjuang menentang lawan masing-masing

Pusingan pertama tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI LELAKI

Chan Sheng Yip ( 1909 ) vs IM Muhammad Lutfi ( 2402 ) (Indonesia) 
meja Pertama

Teh Wee Zhun (1823) Vs  FM Azarya Jodi (2349) (Indonesia)
Meja ke 3

Awang Mohd Syafie (1761) Vs Htet Zaw Phone (2096) (Myanmar)
Meja ke 5

Yeap Eng Chiam (2074) vs  Sivawong Chotitada (1705) (Thailand)
Meja ke 6

Subramanian A/L Sivanesan (2013) vs Pattarapong Asavayutphol (1321) (Thailand)
Meja ke 10

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama bagi kategori individu lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur lelaki Malaysia kerana berjaya mengumpul 3 mata dalam pusingan pertama melalui Subramanian dan Yeap Eng Chiam masing-masing dengan satu mata, Chan Sheng Yip  dan Awang Mohd Syafie masing-masing dengan setengah mata.


KATEGORI WANITA

NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) Vs WFM UMMI FISABILILLAH (2213) (Indonesia)
Meja ke 2  

 WFM TAN LI TING (2096) Vs RUJA PHITCHAYAROM(1534) (Thailand)
Meja ke 3

HNIN PWINT PHYU (1475) (Myanmar) Vs WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989)
Meja ke 4

WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985) Vs EI CHAINT CHAINT (1399) (Myanmar)
Meja ke 5
WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889) Vs HTET HTET THAN SEIN (0) (Myanmar)
Meja ke 7

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:
Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama bagi kategori individu wanita

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur wanita Malaysia kerana berjaya mengumpul 4 mata dalam pusingan pertama yang disumbangkan oleh Tan Li Ting, Nur Nabila Azman Hisham, Nur Najiha Azman Hisham dan Puteri Rifqah Fahada Azhar masing-masing dengan satu mata.

Para pegawai pasukan catur Malaysia dengan sabar menunggu dan menyaksikan persembahan para atlet

Kehadiran YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin (ketua kontinjen Malaysia AUG 2018) ke Chess Indoor stadium secara tidak langsung telah memberi semangat kepada para atlet pasukan catur Malaysia. Terima kasih YBhg Professor Dato'. 

Kunjungan YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin (Ketua Kontinjen Malaysia) ke Chess Indoor Stadium telah menaikkan semangat para atlet 

Pasukan Catur Malaysia : Setelah selesai pusingan pertama


Perjuangan akan diteruskan!!

Misi yang seterusnya ialah untuk memenangi setiap perlawanan dalam pusingan yang kedua. Pusingan kedua akan berlangsung pada 13 Des 2018 pada jam 13.00 (waktu Myanmar)

Jadual perlawanan pusingan kedua bagi kategori lelaki
Jadual perlawanan pusingan kedua bagi kategori wanita


Doakan kejayaan kami!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...