Saturday, December 15, 2018

Keputusan Pusingan ke 4 Kejohanan Catur AUG 2018

Cabaran pasukan catur negara diteruskan lagi dalam pusingan ke 4 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam pertandingan kali ini, pasukan catur Indonesia merupakan halangan terbesar buat pasukan negara untuk memenangi pingat emas .


Dalam pusingan ke 4, 4 meja teratas kategori lelaki dan 2 meja teratas kategori wanita di monopoli oleh pemain-pemain catur Indonesia dan Malaysia.


4 meja teratas kategori lelaki dan 2 meja teratas kategori wanita di monopoli oleh pemain-pemain catur Malaysia dan Indonesia
Sedikit amanat dan pesanan daripada jurulatih dan pengurus pasukan sebelum bermula pusingan ke 4


Pusingan ke 4 telah diadakan pada 15 Disember 2018 tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI LELAKI

FM Azarya Jodi Setyaki (2349) (Indonesia)  Vs Awang Mohd Syafie (1761)
Meja ke 2

Subramanian A/L Sivanesan (2013)  IM Muhammad Agus Kurniawan (2258) (Indonesia)  
meja ke 3

IM Muhammad Lutfi ( 2402 ) (Indonesia)  Vs Yeap Eng Chiam (2074) 
Meja ke 4

 Chan Sheng Yip ( 1909 ) Vs Moe Win Kyaw (1880) (Myanmar)
Meja ke 5

Teh Wee Zhun (1823) Vs Jose F. Fatima (1598)  (Timor-Leste)
Meja ke 10

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 4 bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 4 bagi kategori individu lelaki

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu lelaki selepas berakhirnya Pusingan ke 4

Ranking Individu lelaki selepas tamat Pusingan ke 4

Untuk kedudukan berpasukan pula, pasukan lelaki Malaysia berada di tangga ke 3 dengan mata terkumpul sebanyak 8.0 mata, berbeza 1 mata dengan Myanmar di tempat yang kedua dan Indonesia sebagai pendahulu kategori berpasukan dengan mata terkumpul sebanyak 15.0 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan lelaki:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Indonesia                15.0 pts
Myanmar                  9.0 pts
Malaysia                  8.0 pts
Thailand                   6.0 pts

KATEGORI WANITA

  WFM UMMI FISABILILLAH (2213) (Indonesia) Vs WFM TAN LI TING (2096) 
Meja pertama

   WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985)  Vs WIM CHELSIE MONICA IGNESIAS SIHIT (2227) (Indonesia) 
Meja ke 2


Vs WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989) Vs HTET HTET WIN (1596) (Myanmar) 
Meja ke 3

 RUJA PHITCHAYAROM (1534) (Thailand) Vs  WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889)
Meja ke 4

HNIN PWINT PHYU (1475) (Myanmar) NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) 
Meja ke 5

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 4 bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:


Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 4 bagi kategori individu wanita

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu wanita selepas berakhirnya Pusingan ke 4

Ranking Individu wanita selepas tamat Pusingan ke 4

Berdasarkan kedudukan semasa, seorang atlet catur Malaysia WFM TAN LI TING berpeluang memenangi pingat gangsa. Walaubagaimanapun, cabaran masih berbaki lagi 3 pusingan. Masih ada peluang lagi untuk atlet wanita Malaysia menambah bilangan pingat untuk kategori individu.

Untuk kedudukan berpasukan pula, pasukan wanita Malaysia berada di tangga pertama dengan mata terkumpul sebanyak 12.0 mata, jauh meninggalkan pasukan di tempat ke 2 Myanmar yang mempunyai mata terkumpul 7.5 mata dan seterusnya pasukan Thailand ditempat yang ke 3 dengan 4.0 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan wanita:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Malaysia                  12.0 pts
Indonesia                  7.5 pts (Tidak layak)
Myanmar                  7.5 pts
Thailand                   4.0 pts


Misi diteruskan Lagi dalam Pusingan yang ke 5!!

Misi yang seterusnya ialah untuk memenangi setiap perlawanan dalam pusingan yang ke 5. Pusingan ke 5 akan berlangsung pada 16 Disember 2018 pada jam 13.00 (waktu Myanmar)

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kategori lelaki dan wanita untuk pusingan yang ke 5.

Jadual perlawanan pusingan ke 5 bagi kategori lelaki

Jadual perlawanan pusingan ke 5 bagi kategori wanita


Doakan semoga kami berjaya memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan ke 5 hari ini, supaya kami berpeluang untuk memenangi lebih dari satu pingat emas dalam pertandingan catur Asean University Game (AUG) pada kali ini. Doakan yer.. Ameen..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kejohanan Catur Sukipt Di Facebook