Tuesday, December 11, 2018

Opening Ceremony : Asean University Games 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada petang semalam telah berlangsung Majlis Pembukaan "Opening Ceremony" Asean University Games ke 19 yang berlangsung di Wunna Theikdi Sports Stadium (Indoor Stadium).

Perbarisan kontinjen 11 buah negara semasa Opening Ceremony Asean University Games 2018


Majlis yang penuh gilang gemilang ini diserikan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai daripada 11 buah negara iaitu:
  1. Myanmar (MYA)
  2. Malaysia (MAS)
  3. Laos (LAO)
  4. Indonesia (INA)
  5. Singapore (SIN)
  6. Thailand (THA)
  7. Brunei (BRU)
  8. Cambodia (CAM)
  9. Philippines (PHI)
  10. Timor-Leste (TLS)
  11. Vietnam (VIE)

Malaysia Boleh!!

Kontinjen Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin dan timbalannya En. Gazari Osman dan turut disertai seramai 100 orang yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai.

Kontinjen Malaysia berkumpul sebelum menyertai acara perbarisan

Atlet Catur Malaysia sebelum menaiki bas ke Wunna Theikdi Sports Stadium (Indoor Stadium)

Atlet Catur Malaysia sebelum menyertai perbarisan

Atlet Catur Malaysia semasa menyertai perbarisan

 Gambar-gambar sekitar berlangsungnya acara perbarisan yang melibatkan 11 kontinjen semasa Opening Ceremony : Asean University Games 2018 

Acara kemuncak perbarisan diserikan dengan simbolik nyalaan obor kejohanan dan gimik pertunjukan bunga api.  

Selepas itu, majlis diserikan dengan persembahan kesenian yang menggambarkan perpaduan diantara negara-negara asean seperti tarian tradisional, semangat pahlawan (kesukanan) dan sebagainya.

 Selepas selesai perbarisan para penonton disajikan dengan persembahan kesenian

Secara kesuluruhannya, tuan rumah Myanmar telah melakukan yang terbaik untuk menganjurkan kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) kali ke 19 ini.

Melihat daripada Opening Ceremony temasaya ini dan juga keselesaan yang dapat kami rasai sepanjang berada di Myanmar, sudah cukup menunjukkan kesungguhan mereka menganjurkan kejohanan ini.

Syabas buat tuan rumah Myanmar.

Good Luck diucapkan kepada barisan atlet Malaysia dalam usaha memburu 35 pingat emas seperti yang disasarkan dalam kejohanan ini.

Jom sama-sama kita lihat apa kata dan harapan atlet-atlet Malaysia dalam video di bawah:


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...