Friday, December 14, 2018

Keputusan Pusingan ke 3 Kejohanan Catur AUG 2018

Cabaran pasukan catur negara semakin hangat dalam pusingan ke 3 Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) 2018.

Dalam cabaran kali ini menyaksikan "persaingan minda" diantara atlet-atlet catur IPT negara dengan atlet-atlet catur IPT negara-negara asean yang melibatkan negara Indonesia, Myanmar, Timor-Leste, Brunei dan Thailand

Perlawanan Pusingan ke 3 Kejohanan Catur AUG 2018 sudah bermula


Pusingan ke 3 telah diadakan pada 14 Disember 2018 tepat jam 13.00 (waktu Myanmar)


KATEGORI LELAKI

Yeap Eng Chiam (2074) Vs  FM Azarya Jodi Setyaki (2349) (Indonesia)  
Meja pertama

IM Farid Firmansyah (2384) (Indonesia) Vs Chan Sheng Yip ( 1909 )
meja ke 2

Andira Lim (0) (Brunei)  Vs Subramanian A/L Sivanesan (2013)
Meja ke 6

Awang Mohd Syafie (1761) Vs Longuinhos Guterres (0) (Timor-Leste) 
Meja ke 7

Teh Wee Zhun (1823) Vs Moe Win Kyaw (1880) (Myanmar)
Meja ke 9

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 3 bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 3 bagi kategori individu lelaki

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu lelaki selepas berakhirnya Pusingan ke 3
Ranking Individu lelaki selepas tamat Pusingan ke 3

Untuk kedudukan berpasukan pula, pasukan lelaki Malaysia berada di tangga kedua dengan mata terkumpul sebanyak 7.5 mata, berbeza 4 mata dengan pendahulu iaitu pasukan Indonesia yang telah berjaya mengunpul sebanyak 11.5 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan lelaki:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Indonesia                11.5 pts
Malaysia                  7.5 pts
Myanmar                  6.0 pts
Thailand                   4.0 pts



KATEGORI WANITA

  WIM CHELSIE MONICA IGNESIAS SIHIT (2227) (Indonesia) Vs WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989)
Meja pertama

 WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889) Vs WFM UMMI FISABILILLAH (2213) (Indonesia)
Meja ke 2

WFM TAN LI TING (2096) Vs SU SU HLAING (1892) (Myanmar)
Meja ke 3

 WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985)  Vs  MARIA L.A.V TILMAN (0) (Timor-Leste) 
Meja ke 4

NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) Vs PRONOUMA  PROMSIRINIMIT (1575)(Thailand)
Meja ke 7

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 3 bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:


Keputusan Perlawanan Pusingan Ke 3 bagi kategori individu wanita

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu wanita selepas berakhirnya Pusingan ke 3

Ranking Individu wanita selepas tamat Pusingan ke 3

Untuk kedudukan berpasukan pula, pasukan wanita Malaysia berada di tangga pertama dengan mata terkumpul sebanyak 9.0 mata, diikuti dengan pasukan Myanmar ditempat yang kedua dengan 5.5 mata dan seterusnya pasukan Thailand ditempat yang ke 3 dengan 3.0 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan wanita:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Malaysia                  9.0 pts
Indonesia                 6.0 pts (Tidak layak)
Myanmar                  5.5 pts
Thailand                   3.0 pts


Misi diteruskan Lagi dalam Pusingan yang ke 4!!

Misi yang seterusnya ialah untuk memenangi setiap perlawanan dalam pusingan yang ke 4. Pusingan ke 4 akan berlangsung pada 15 Disember 2018 pada jam 13.00 (waktu Myanmar)

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kategori lelaki dan wanita untuk pusingan yang ke 4.

 Jadual perlawanan pusingan ke 4 bagi kategori lelaki

Jadual perlawanan pusingan ke 4 bagi kategori wanita


Doakan semoga kami berjaya memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan ke 4 esok, supaya kami berpeluang untuk memenangi pingat emas dalam pertandingan catur Asean University Game (AUG) pada kali ini. Doakan yer.. Ameen..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...