Tuesday, December 18, 2018

Pasukan Catur menang 2 Emas, 1 Perak di AUG2018

Syukur Alhamdulillah, di atas kejayaan pasukan Catur Malaysia memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam Kejohanan Catur Asean University Games (AUG) ke 19, di Nay Pyi Taw Myanmar yang berakhir semalam.  


Pasukan Catur Malaysia meraikan kejayaan memenangi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak selepas tamat pusingan akhir semalam

Melalui kejayaan ini secara tidak langsung telah memperbaiki pencapaian pasukan catur Malaysia di Asian University Games (AUG) 2014, Palembang Jakarta dengan hanya memenangi 2 pingat gangsa. 

Seterusnya, pasukan catur Malaysia juga telah berjaya melepasi sasaran pingat yang ditetapkan oleh kontinjen Malaysia iaitu dengan 1 pingat emas melalui kategori berpasukan wanita.
1 pingat emas sasaran Kontinjen Universiti Malaysia untuk acara catur



LAPORAN PUSINGAN AKHIR KEJOHANAN CATUR ASEAN UNIVERSITI GAMES (AUG) 2018


KATEGORI WANITA



  WFM TAN LI TING (2096)  Vs  EI CHAINT CHAINT (1399) (Myanmar)
Meja pertama

WIM CHELSIE MONICA IGNESIAS SIHIT (2227) (Indonesia)  Vs NAJIHAH MOHD SAUFI  (1565) 
Meja ke 2
  
RUJA PHITCHAYAROM (1534) (Thailand) Vs WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM (1989)
Meja ke 4

WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM (1985)   Vs HTET HTET WIN (1596) (Myanmar)  
Meja ke 5

SIRINAPA SULAMNAT (0)(Thailand) Vs WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR (1889)

Keputusan Perlawanan Pusingan akhir bagi kategori individu wanita adalah seperti berikut:



Keputusan Perlawanan Pusingan akhir bagi kategori individu wanita

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu wanita selepas berakhirnya Pusingan akhir

Ranking Individu wanita selepas tamat Pusingan akhir

Selepas tamat pusingan akhir, WFM TAN LI TING telah berjaya mengungguli carta untuk kategori inidividu wanita dengan 6.5 mata berjaya mengatasi 2 pesaing terdekat dari Indonesia iaitu WFM Ummi Fisabilillah dan Chelsie Monica Ignesias Sihite masing-masing dengan 6.0 mata. Dengan kejayaan ini membolehkan pingat emas untuk kategori individu wanita menjadi milik pasukan Malaysia, manakala pingat Perak dan pingat gangsa untuk acara ini menjadi milik pasukan Indonesia

Pemenang pingat emas, Perak dan gangsa untuk kategori individu wanita

Dalam kategori berpasukan pula, pasukan wanita Malaysia berjaya memenangi pingat emas dengan mata terkumpul sebanyak 22.0 mata. Kemudian diikuti dengan pasukan Myanmar memenangi pingat Perak dengan 12.5 mata, dan pasukan Indonesia di tempat ke 3 dengan 12.0 mata. 

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan wanita:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Malaysia                  22.0 pts     GOLD MEDAL
Myanmar                  12.5 pts
Indonesia                 12.0 pts 
Thailand                    8.0 pts
Timor Leste               2.0

 Pemenang pingat emas, Perak dan gangsa untuk kategori berpasukan wanita


KATEGORI LELAKI

 IM Farid Firmansyah (2384) (Indonesia) Vs Yeap Eng Chiam (2074) 
Meja pertama


Chan Sheng Yip ( 1909 ) Vs  FM Azarya Jodi Setyaki (2349) (Indonesia)
meja ke 2 

IM Muhammad Lutfi Ali ( 2402 ) (Indonesia) Vs Awang Mohd Syafie (1761)
Meja ke 4

 Htet Zaw Phone (2096) (Myanmar) Vs  Subramanian A/L Sivanesan (2013)  
Meja ke 6


Han Min Soe (2067) (Myanmar) Vs Teh Wee Zhun (1823) 
Meja ke 7

Keputusan Perlawanan Pusingan akhir bagi kategori individu lelaki adalah seperti berikut:


Keputusan Perlawanan Pusingan akhir bagi kategori individu lelaki

Berikut merupakan kedudukan ranking Individu lelaki selepas tamat pusingan akhir

Ranking Individu lelaki selepas tamat Pusingan akhir

Bagi kategori individu lelaki, pasukan catur Malaysia tidak berjaya memenangi sebarang pingat selepas ketiga-tiga atlet harapan Malaysia kecundang di tangan Indonesia dalam pusingan akhir. Pingat emas dan Perak untuk kategori individu lelaki dimenangi oleh atlet pasukan Indonesia iaitu IM Farid Firman Syah (pingat emas) dan FM Azarya Jodi (pingat Perak), manakala pingat gangsa dimenangi oleh Tupfah Kumnorkaew dari negara Thailand. 

Dalam kategori berpasukan lelaki pula, pingat emas dimenangi oleh pasukan Indonesia dengan mata terkumpul sebanyak 23.0 mata. Pasukan lelaki Malaysia berjaya memenangi pingat Perak dengan mata terkumpul sebanyak 13.5 mata, kemudian diikuti oleh negara Thailand sebagai pemenang pingat gangsa dengan mata terkumpul sebanyak 13.0 mata. 

Keputusan yang cukup mendebarkan untuk menentukan pemenang pingat Perak dan gangsa yang melibatkan persaingan sengit diantara 3 buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan tuan rumah Myanmar.

Dalam pusingan ke 6 pasukan lelaki Malaysia telah mendahului pasukan Myanmar dengan 2.0 mata dan pasukan Thailand dengan 3.0 mata. Tetapi, dalam pusingan akhir kedua-dua pasukan telah memberi saingan yang cukup hebat dan hampir-hampir dapat memintas mata pasukan Malaysia. Dengan keputusan kemenangan Teh Wee Zhun (Malaysia) yang cukup mendebarkan   ke atas atlet Myanmar Han Min Soe, secara mutlak pingat perak menjadi milik pasukan Malaysia.

Berikut merupakan jumlah mata terkumpul bagi setiap pasukan lelaki:

-----------------------------------------------
Pasukan             Jumlah Mata Terkumpul
-----------------------------------------------
Indonesia                27.0 pts    GOLD MEDAL
Malaysia                13.5 pts
Thailand                  13.0 pts
Myanmar                 12.5 pts
Timor Leste               5.0 pts


Pemenang pingat emas, Perak dan gangsa untuk kategori berpasukan lelaki

Pungutan pingat keseluruhan pasukan Catur Malaysia dalam cabaran Asean University Games (AUG) 2018  : 
  • 2 pingat emas (Berkumpulan wanita + individu wanita)
  • 1 pingat perak (Berkumpulan lelaki)

Dengan keputusan ini membolehkan lagu negaraku diperdengarkan sebanyak 2 kali dalam majlis penyampaian pingat yang berlangsung di Chess Indoor Stadium Nay Pyi Taw, Myanmar. Tahniah Malaysia!!

Lagu negaraku dimainkan selepas selesai penyampaian hadiah untuk kategori individu wanita

Lagu negaraku dimainkan selepas selesai penyampaian hadiah untuk kategori berpasukan wanita

Gambar-gambar kenangan kejayaan Pasukan Catur Malaysia di pentas AUG 2018

En. Gazari Osman (Timb. Ketua Kontinjen Malaysia) menyampaikan pingat Perak kepada pasukan lelaki Malaysia 

Pingat Emas AUG 2018 untuk pasukan wanita Malaysia

Pingat Perak AUG 2018 untuk pasukan lelaki Malaysia

Senyuman manis wirawati Malaysia bersama pingat emas yang dimenangi

Heroin Malaysia bersama 2 pingat emas yang dimenangi

Atlet Catur dari Multimedia Universiti (MMU) bergambar bersama pengurus dan jurulatih

Atlet Catur dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergambar bersama pengurus dan jurulatih

Atlet catur Politeknik Malaysia (Politeknik Kota Kinabalu)


Penghargaan Untuk semua

Pada kesempatan ini kami (pasukan Catur Malaysia) ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian terutamanya En Tony Azman dan para pegawai Unit Sukan SPT KPM, Ketua Kontinjen Universiti Malaysia YBhg. Prof. Dato' Dr. Yusserie Bin Zainuddin, Timb. Ketua Kontinjen En. Gazari Osman, barisan sekretariat kontinjen yang memberikan servis yang sangat First Class dari mula hingga kami berada di Myanmar, Majlis-majlis Sukan Universiti, Majlis sukan Politeknik (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti serta semua pihak termasuk seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberi peluang kepada kami ke AUG 2018. 

Jasa, bantuan dan doa tuan/puan amat kami hargai dan kami sangat-sangat berterima kasih. 

Dalam masa yang sama juga kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan atau kekasaran yang telah kami lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang penglibatan dan komitmen kami bersama kontinjen ini.

Ikhlas dari kami,

Pasukan Catur Malaysia AUG 2018

MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...