Para pemain hanya akan bermain satu pusingan sahaja pada hari Terakhir Kejohanan Catur SUKIPT 2012..
Sewaktu berlangsungnya pusingan akhir, para arbiter dan sebahagian peserta sudah dapat menjangkakan pemain yang bakal memenangi pingat emas bagi kategori individu (lelaki) kejohanan ini.. Jangkaan ini merujuk kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain, dan jumlah mata yang telah berjaya dikumpul disepanjang 10 pusingan sebelumnya..
Namun begitu persaingan untuk pemenang pingat Perak dan Gangsa masih lagi sengit untuk kategori individu.. Begitu juga kedudukan semua pingat untuk kategori berpasukan..