Saturday, December 8, 2018

Persiapan Akhir Atlet Catur Malaysia sebagai Persediaan untuk menghadapi AUG ke 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Pasukan Catur Malaysia akan turut beraksi dalam Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) kali ke 19 pada 9 hingga 21 Disember 2018 di Naypyitaw, Myanmar.



Atlet Catur Malaysia yang akan bertanding di AUG 2018 bergambar kenangan dengan Ratu Bowling negara puan Shalin Zulkifli 

Atlet Catur yang terpilih mewakili Malaysia untuk menyertai kejohanan tersebut ialah:

  1. WFM NUR NABILA BINTI AZMAN HISHAM      UiTM
  2. WFM NUR NAJIHA BINTI AZMAN HISHAM      UiTM
  3. WFM TAN LI TING                                       MMU
  4. WFM PUTERI RIFQAH FAHADA BINTI AZHAR UiTM
  5. NAJIHAH MOHD SAUFI                                UiTM
  6. YEAP ENG CHIAM                                       UCSI
  7. CHAN SENG YIP                                         SUNWAY UNIVERSITY
  8. TEH WEE ZHUN                                         SUNWAY UNIVERSITY    
  9. SUBRAMANIAN A/L SIVANESAN                  USM
  10. AWANG MOHD SYAFIE BIN MOHD KIFFLEE  POLITEKNIK KOTA KINABALU

Dan turut iiringi oleh 3 orang pegawai yang terdiri daripada pengurus dan jurulatih iaitu:
  1. MOHD FAEEZ BIN MOHAMAD ALIAS                   (UPSI) - Pengurus pasukan
  2. MOHD EZMI BIN MAHMOOD                              (KETUA JURULATIH)
  3. MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB                         (POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH) - Penolong Pengurus pasukan merangkap penolong jurulatih

Sebelum berangkat ke Myanmar, pihak kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian sukan) telah mengadakan latihan pusat fasa akhir yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Dalam masa yang sama turut juga diadakan Majlis penyerahan bendera kontinjen  "Flag-off" yang diadakan di Parlimen. Majlis "Flag-Off" tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Maszlee Bin Malik pada 4 Disember 2018 



Atlet dan jurulatih catur semasa Majlis "Flag-Off" yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Maszlee Bin Malik


Kem Latihan Pusat Fasa Akhir di UKM, Bangi

Berikut pula merupakan gambar-gambar kem Latihan Pusat Fasa Akhir yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Sesi Latihan Pusat Fasa Akhir di UKM, Bangi

Senamrobik dan sesi Perkongsian dari Ratu Bowling Negara Puan Shalin Zulkifli


Atlet catur selepas menyertai aktiviti senamrobik

Mendengar perkongsian pengalaman dan Inspirasi dari Icon sukan negara Puan Shalin Zulkifli (ratu Bowling negara) 

Doakan semoga kami berjaya mengharumkan nama negara dan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia dalam Cabaran Asean Universiti Game (AUG) kali ini.... 

MALAYSIA BOLEH!! 

Kami akan cuba lakukan yang terbaik.. Doakan kejayaan kami..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...