Wednesday, February 12, 2014

Acara CHESS 'SIMUL' bersama pemain pilihan utama Kejohanan Catur SUKIPT 2014

Setelah selesai pusingan terakhir kejohanan.. Sementara menunggu berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah, Dewan Besar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah diserikan dengan Acara CHESS 'SIMUL' ..


Pada acara CHESS 'SIMUL' pada kali ini menampilkan pemain pilihan utama Kejohanan Catur SUKIPT 2014 untuk kategori Perseorangan lelaki dan perseorangan wanita iaitu Saudara Ahmad Fadzil Nayan dan saudari Aliya Anin Azwa Bakri..

Dalam acara ini Kedua-dua pemain perlu berhadapan dengan 10 orang lawan dalam satu masa... 


Ahmad Fadzil Nayan kelihatan tenang sewaktu berhadapan dengan 10 lawan dalam acara CHESS 'SIMUL'... 

Selesaikan lawan di sebelah kiri dahulu...

Selepas selesai di sebelah kiri... Beliau menggerakkan pula buah-buah di sebelah kanan... Begitulah seterusnya sehingga selesai berhadapan dengan 10 orang pemain..

Ada berani nak mencuba menjadi salah seorang peserta CHESS 'SIMUL'? Nantikan kejohanan Catur SUKIPT siri yang seterusnya..

Di satu sudut yang lain pula.. Menyaksikan saudari Aliya Anin Azwa Bakri juga sedang berhadapan dengan 10 orang pemain...


Aliya Anin Azwa Bakri sedang bersalaman dengan salah seorang pemain wanita..

Nampak macam main opening yang sama jer... ;)





Tekun dan tenang bermain Chess..  ;)

Walaupun kedua-dua pemain ini sedang berhadapan dengan 10 orang pemain dalam satu masa... Tapi bukan mudah untuk mengalahkan mereka...  

Berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang mereka ada, mereka masih mampu menguasai sebahagian besar permainan... Semoga mereka terus cemerlang dan berpotensi menjadi salah seorang Grand Master (GM) Malaysia pada satu hari nanti... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...