PENGENALAN
Permainan Catur merupakan permainan yang memerlukan daya ketahanan pemikiran yang tinggi dalam satu-satu kejohanan. Ia memberi pendedahan kepada seorang pemain supaya berfikir dengan teliti, kreatif, dan konsisten bagi menghadapi pihak lawan. Daya ketahanan berfikir ini juga memberi impak yang besar dalam banyak segi umpamanya pembelajaran, sosial, keusahawanan, malah berupaya merancang satu-satu perkara dengan lebih baik.
Kejohanan Catur Di SUKIPT
- Sukan IPT (SUKIPT) dianjurkan oleh KPT buat kali pertama pada tahun 2012 dan diadakan secara dwi tahunan.
- Untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar IPT di seluruh Malaysia dalam beberapa acara sukan termasuk catur dan melibatkan IPT seluruh negara.
- Peserta yang berkebolehan dan layak akan diketengahkan oleh KPT ke peringkat antarabangsa seperti kejohanan Universiti Asean (AUG ),Asian Team Championship, Asean Chess Game, World University Game.
- Untuk membantu mencapai KPI, 30 peratus atlit sukan merupakan pelajar dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
SUKIPT SASAR TIGA ELEMEN
“SUKAN Institusi Pengajian Tinggi Pertama (SUKIPT) yang bakal berlangsung dari 28 Oktober hingga 8 November ini menjadi pemangkin kepada tiga elemen penting Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), tahun ini.
Tiga elemen itu ialah pentas pemilihan atlet IPT ke saingan Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos pada Disember, melonjak industri sukan negara dan peluang meningkatkan jumlah biasiswa KPT.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, SUKIPT akan menjadi rangsangan kepada 25,000 atlet IPT untuk bersaing kerana kejohanan ini antara kriteria utama mendapatkan biasiswa selain menaik taraf biasiswa masing-masing jika lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.”
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/SUKIPTsasartigaelemenpenting/Article
OBJEKTIF
- Mendokong hasrat KPT melalui Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT), yang mensasarkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara terdiri daripada atlit IPT.
- Mempertingkat dan memperkasa sukan catur di kalangan pelajar IPT (Pencarian atlit berbakat) serta meningkat integrasi nasional menerusi sukan.
- Untuk memastikan Program Pembangunan Kejurulatihan diperkukuhkan bagi melahirkan jurulatih-jurulatih tempatan yang berkualiti dan berkeupayaan untuk melahirkan pemain-pemain bertaraf tinggi dalam bilangan yang mencukupi bagi keperluan di semua peringkat secara berterusan.
- Kriteria utama mendapatkan biasiswa sukan KPT.
Kategori Yang Dipertandingkan dan Bilangan Pingat Yang Ditawarkan
Terdapat empat kategori yang di pertandingkan iaitu:
- Individu (Lelaki)
- Individu (Perempuan)
- Berpasukan (Lelaki)
- Berpasukan (Perempuan)
Dengan setiap kategori menawarkan 3 pingat iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Menjadikan jumlah pingat untuk dimenangi bagi Kejohanan Catur SUKIPT adalah sebanyak 12 pingat.
Lokasi Pertandingan
Dewan Utama,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No comments:
Post a Comment