Peraturan Permainan


PERTANDINGAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAHMALAYSIA NEGERI PAHANG
PERATURAN PERTANDINGAN1.UNDANG-UNDANG1.1.Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Federation Internationale desEchecs (F.I.D.E.) dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia NegeriPAHANG.2.JENIS PERTANDINGAN2.1.KEJOHANAN PERSEORANGANi.Lelaki 12 tahun dan ke bawahii.Perempuan 12 tahun dan ke bawahiii.Lelaki 15 tahun dan ke bawahiv.Perempuan 15 tahun dan ke bawahv.Lelaki 18 tahun dan ke bawahvi.Perempuan 18 tahun dan ke bawah3.PERDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN3.1.KELAYAKAN PESERTAi.Warganegara Malaysia dan bersekolah di Selangorii.Berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah/ Negeriiii.Mempunyai dan membawa kad pengenalan atau surat beranakyang asal.3.2 .KEJOHANAN PERSEORANGAN3.2.1.Pertandingan secara perseorangan dijalankan. Umur 12, 15 dan 18 tahun dan kebawah dengan 4 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan, 1 orang pemainsimpanan.3.2.2.Permainan boleh juga dijalankan dengan kesemua 5 pemain bermain tanpapemain simpanan. Keputusan terpulang kepada Sekolah atau Daerah Penganjur.4.SISTEM PERTANDINGAN4.1.KEJOHANAN PERSEORANGAN4.1.1.Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip Sistem Swiss

4.1.2.Kejohanan ini akan dijalankan menggunakan sepenuhnya perisian komputer‘PROTOS’.4.1.3.Bagi kejohanan ini, sebanyak 6 pusingan telah ditetapkan.4.1.4.Nombor pemasangan adalah seperti berikut:2.Pihak Daerah atau Sekolah Penganjur akan mengikut ‘seeding’ semasa yangdihantar oleh setiap daerah/sekolah.3.Pemain pertama setiap daerah atau sekolah akan diberi nilai 5, pemainkedua 4, pemain ketiga 3, pemain keempat 2 dan pemain simpanan/kelimaakan diberi nilai 1.4.1.5.Pemasangan pusingan pertama adalah seperti berikut:(6)Pemain yang diutamakan atau ‘seeding’ 1 – 10 tidak dipasangkan padapusingan pertama sahaja.(7)Pemain dari pasukan yang sama, tidak akan dipasangkan pada pusinganpertama dan kedua sahaja.(8)Jika bilangan pemain adalah ganjil, pihak Daerah atau Sekolah Penganjurdibenarkan menambah seorang pemain untuk mengelakkan adanya ‘bye’.(9)Jika pemain ‘bye’ tidak dapat dielakkan, penentuan akan ditentukansendiri oleh ‘PROTOS’ ataupun secara undian. Undian ini hanyalah kepadapemain yang tidak diutamakan sahaja.(10)Pemasangan akan dimulakan dengan pemain pertama bermain buah putih.4.1.6.Pemasangan pusingan seterusnya adalah seperti urutan berikut:(15)Seorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama lebihdaripada sekali.(16)Pemain dari pasukan yang sama, boleh dipasangkan pada pusingan ketigadan seterusnya.(17)Seorang pemain tidak boleh menjadi pemain ‘bye’ lebih daripada sekali.(18)‘Bye’ diperuntukkan kepada pemain yang mempunyai mata permainan yangpaling rendah atau nombor pemasangan yang paling besar dalam kumpulanmata permainan yang paling rendah serta mematuhi syarat 4.1.6 (c).(19)Pemain-pemain dikumpulkan mengikut jumlah mata permainan yang sama.(20)Pemasangan dimulakan dengan mata permainan yang tertinggi dahulu dandiikuti dengan kumpulan mata permainan yang kedua tinggi danseterusnya.(21)Sekiranya bilangan pemain dalam sesuatu kumpulan itu ganjil atau tidakboleh langsung dipasangkan antara pemain-pemain sekumpulannya,seorang atau lebih pemain kumpulan itu hendaklah dipasangkan denganpemain kumpulan mata permainan yang paling dekat dengannya. Pemainini digelar ‘pelampung’.(22)Pelampung menaik dipasangkan kepada pemain yang mempunyai nomborpemasangan yang paling besar dalam kumpulan mata selepasnya. Sekiranyatidak sesuai (kerana telah pernah menjadi pemain pelampung atau ‘bye’),ia diperuntukkan kepada pemain yang mempunyai nombor pemasanganyang kedua besar dan seterusnya sehinggalah sesuai.(23)Pelampung menurun hendaklah dipasangkan dengan pemain yangmempunyai nombor pemasangan yang paling kecil di kumpulan matapermainan paling dekat sebelumnya. Sekiranya tidak sesuai (kerana telahpernah dipasangkan atau faktor warna), dia dipasangkan dengan nombor

pemasangan pemain yang kedua kecil dan seterusnya sehingga dapatdipasangkan dengan sesuai.(24)Pemasangan pemain pelampung hendaklah diselesaikan sebelumpemasangan pemain ‘bye’ dan pemain-pemain dalam kumpulan matapermainan berkenaan dilakukan.(25)Elakkan seseorang pemain sebagai pelampung lebih dari sekali, melainkanuntuk tujuan mengimbangi semula. Contoh, kalau sebelumnya pelampungmenaik maka sekarang boleh sebagai pelampung menurun.(26)Pemasangan pemain oleh 'PROTOS' (Pairings of round no. N) adalahdiperakukan, diterima pakai dan muktamad.4.1.7.Warna untuk pemain-pemain pusingan pertama:
-
Pemain yang diberikan ‘seeding’ pertama akan bermain putih danbegitulah seterusnya berselang-seli.
-
Pemain ‘bye’ diberikan 1 mata permainan dan dianggap tidak mempunyaiwarna.4.1.8.Warna pusingan yang seterusnya:B.Warna bagi pemain pusingan kedua dan seterusnya akan ditentukan oleh‘PROTOS’.C.Seseorang pemain boleh diaturkan supaya bermain dengan warna yang samadua kali berturut-turut melainkan di pusingan akhir ia boleh bermain denganwarna yang sama tiga kali berturut-turut.D.Penyamaan bilangan warna bermain bagi seseorang pemain hendaklah diambilkira kecuali pada pusingan yang terakhir.E.Pemain ‘bye’ boleh diaturkan supaya boleh bermain dengan mana-mana jeniswarna dan mematuhi syarat 4.1.8 (c)

4.1.9.Pemain simpanan (berdasarkan 3.2.1 di atas):1.Jika atas sesuatu sebab, seseorang pemain yang telah didaftarkan sebagaipemain keempat utama tidak dapat meneruskan permainan, maka pemainsimpanan boleh menggantikan tempat pemain sedia ada dengan terlebihdahulu memberitahu dan mendapat kebenaran rasmi dari pihak penganjurdan/atau Ketua Arbiter. Penyelarasan perlulah dilakukan pada sistempemasangan.2.Jika pemain yang digantikan berasa boleh bermain semula, maka ia bolehmenggantikan mana-mana pemain dengan terlebih dahulu memberitahu danmendapat kebenaran rasmi dari pihak penganjur dan/atau Ketua Arbiter.Penyelarasan perlulah dilakukan pada sistem pemasangan.5.MASA PERMAINAN5.1.Masa permainan untuk semua pemain ialah 60 minit hingga kalah. Permainan akanditamatkan oleh ‘checkmate’ atau salah satu bendera jam pemain itu jatuh.Pemain yang bendera jamnya jatuh dahulu dikira kalah, dengan syarat bahawalawannya masih mempunyai sekurang-kurangnya satu bidak atau satu buah caturkuasa yang besar atau 2 buah catur kuasa yang kecil. Jika syarat ini tidakdipatuhi, maka perlawanan itu akan dikira seri.1.Berdasarkan 5.1 di atas, jika atas sesuatu sebab tiada jam catur digunakan, masapermainan yang ditetapkan ialah 2 jam keseluruhannya. Penentuan permainan samaada menang, seri ataupun kalah akan ditentukan secara sebulat suara (consensus)oleh 2 orang hakim (Arbiter) selepas meneliti kedudukan buah catur pemain-pemainberkenaan.2.Sekiranya giliran seseorang pemain menjalankan buah caturnya, dan ‘checkmate’dalam satu pergerakan akan berlaku walaupun bendera jamnya jatuh, maka‘checkmate’ dalam satu pergerakan tersebut adalah dikira dan pemain itu dikiramenang.3.Berdasarkan 5.2 di atas, masa berfikir adalah 3 minit sahaja, dan selepas itu, pemainberkenaan hendaklah menggerakkan buah caturnya. Dalam masa 60 minit, setiappemain mestilah telah membuat sekurang-kurangnya 20 pergerakan kesemuanya.4.Berdasarkan 5.2 di atas juga, jika kedua-kedua Arbiter atau Arbiter tidak dapatmembuat keputusan dengan jelas, maka cara penentuannya adalah dengan mengiranilai buah yang masih ada di atas papan. Permaisuri (Queen) = 9 mata, Tir (Rook) = 5mata, Gajah (Bishop) = 3 mata, Kuda (Knight) = 3 mata dan bidak (pawn) = 1 mata.Pemain yang mempunyai nilai mata yang banyak dikira menang.5.Masa Kejohanan:1.Hari Pertama:1.08.00 am. – 08.45 am.Pengesahan Pemain2.09.00 am. – 11.00 am.Pusingan Pertama3.11.30 am. – 01.30 pm.Pusingan Kedua4.02.30 pm. – 04.30 pm.Pusingan Ketiga2.Hari Kedua:1.08.30 am. – 10.30 am.Pusingan Keempat


2.11.00 am. – 01.00 pm.Pusingan Kelima3.02.00 pm. – 04.00 pm.Pusingan Keenam4.04.30 pm. – 05.00 pm.Penyampaian Hadiah6.Kesesuaian dan ketetapan masa di atas dan juga pada 9.1 di bawah adalah tertaklukkepada keputusan Daerah atau Sekolah Penganjur.6.CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN6.1.PEMBERIAN MATA6.1.1.Mata Permainan (Game Point):a.Menang-1 mata permainanb.Seri-½ mata permainanc.Kalah-0 mata permainan6.2.KEJOHANAN PERSEORANGAN1.Pemain yang memperoleh jumlah mata permainan yang terbanyak adalah dikira sebagaijohan perseorangan.2.Dengan menggunakan ‘PROTOS’, penentuan kedudukan bagi pemain-pemain yangmemperoleh mata permainan yang sama banyak adalah dengan urutan pemutus seriberikut:d.Jumlah mata lawan setelah ditolak mata lawan yang terkuat dan mata lawanyang terlemah (Median Buchholz - FIDE atau Median - USCF atau Harkness -USCF).e.Jumlah mata lawan (Buchholz - FIDE atau Solkoff - USCF).f.Pengurangan mata dengan mentiadakan mata lawan yang terendah (TheBuchholz Cut 1 – FIDE atau Solkoff without lowest score - USCF).3.Penentuan kedudukan terakhir oleh ‘PROTOS’ (Final Ranking) adalah diperakukan, diterimapakai dan muktamad.4.Berdasarkan 6.2.3 di atas, bagi memantapkan Pasukan MSSD atau Kontinjen MSSS, Sekolahatau Daerah Penganjur dibenarkan untuk memanggil mana-mana pemain bagi tujuanpemilihan semula. Keputusan mengadakan pemilihan semula ini adalah atas budi bicaraSekolah atau Daerah Penganjur.5.Tanpa ‘PROTOS’, jika atas sebab ‘PROTOS’ tidak dapat digunakan, penentuan kedudukanbagi pemain-pemain yang memperoleh mata permainan yang sama banyak adalah denganurutan pemutus seri berikut:c.Peningkatan kemajuan - Mengira dengan menambah mata dari peningkatankemajuan sesuatu perlawanan, contoh – jika keputusan adalah Menang, Kalah,Menang dan Seri maka mata peningkatan ialah 1, 1, 2, 2.5 maka matapeningkatan ialah 6.5 (Progress – FIDE atau Cumulative – USCF).d.Peningkatan kemajuan tolak mata pusingan pertama, tolak mata pusingankedua dan seterusnya (Minus Rounds atau Sum of Progressive Score Cuts -FIDE).e.Mengira dengan menambah 1 mata bagi lawan yang dimenangi dan setengahmata bagi lawan yang seri (Berger atau Sonneborn-Berger – FIDE, USCF).


6.3.KEJOHANAN BERPASUKAN6.3.1.Mata pemain-pemain perseorangan dari kumpulan yang sama dicampurkan bagimemperoleh mata yang terbanyak adalah dikira sebagai johan berpasukan.6.3.2.Penentuan kedudukan mata adalah berdasarkan jumlah mata bagi 4 orang pemainterbaik dari pasukan tersebut.6.3.3.Penentuan kedudukan terakhir berpasukan oleh ‘PROTOS’ (Standing of the team’scompetition) adalah diperakukan, diterima pakai dan muktamad.6.3.4.Jika atas beberapa sebab penentuan seperti 6.3.3 di atas tidak dapatdikeluarkan, kiraan secara manual bolehlah dibuat dan disahkan, diterima pakai sertamuktamad.6.3.4.Jika atas beberapa sebab penentuan seperti 6.3.3 di atas tidak dapatdikeluarkan, kiraan secara manual bolehlah dibuat dan disahkan, diterima pakai sertamuktamad.

8.ALATAN8.1.Jam catur berbendera hendaklah digunakan.1.Jika atas sesuatu sebab tiada jam catur digunakan, penentuan masa berdasarkanpada jam dinding yang terletak di hadapan atau pengumuman masa oleh hakim(Arbiter).2.Jika masa permainan berdasarkan jam dinding, setiap pemain diberi masa 3 minitsahaja untuk berfikir. Jika melebihi masa, pemain lawan hendaklah memberitahuArbiter.3.Walau bagaimanapun, keputusan penggunaan jam catur adalah tertakluk kepadapihak Daerah atau Sekolah Penganjur.4.Buah catur yang digunakan adalah berpandukan saiz tinggi raja 9.5 sm.5.Daerah atau Sekolah Penganjur hendaklah menyediakan peralatan yang secukupnya.9.KELEWATAN9.1.Masa ‘walkover’ ialah 30 minit. Bagi pemain yang tidak hadir dalam masatersebut akan secara automatik dikira kalah dalam perlawanan itu. Sekiranyakedua-dua pemain tidak menghadirkan diri dalam masa tersebut, kedua-duapemain dikira kalah.10.BANTAHAN10.1.Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis selewat-lewatnya 15 minitselepas semua keputusan diumumkan dengan menghantar surat bantahan secararasmi dan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00.a.Jika bantahan diterima, wang pertaruhan akan dikembalikan. Jikabantahan tidak diterima, wang bantahan tidak akan dipulangkan.b.Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya dalam masa 30 minitselepas bantahan diterima. Keputusan hendaklah disampaikan secara rasmikepada pasukan berkenaan dan keputusan itu adalah muktamad.


UNDANG-UNDANG KEJOHANAN CATUR M.S.S.S.UNDANG-UNDANG CATUR F.I.D.E.(Artikel E.I.01A.)(Dipetik dari Buku Panduan FIDE, Januari 1993 dan diterjemahkan)TEMPOH PERMAINAN.1.Setiap pemain dikehendaki menghabiskan permainan di dalam masa 60 minit ataupunseperti yang telah ditetapkan sebelum pertandingan bermula.2.Kedua-dua pemain dikehendaki merekodkan setiap pergerakan buah-buah caturnyasehingga salah seorang darinya mempunyai masa yang kurang dari 5 minit padajamnya, maka kedua-duanya bolehlah berhenti merekodkan pergerakannya (lihatArtikel 18 hingga 22).JAM CATUR.3.Setiap jam catur mesti mempunyai penanda khas dikenali sebagai bendera (flag)untuk menandakan masa telah habis digunakan.4.Sebelum permainan dimulakan, setiap pemain dikehendaki memeriksa kedudukanbuah catur dan masa yang telah ditetapkan pada jam masing-masing. Sekiranyapemain gagal untuk berbuat demikian, sebarang perubahan tidak boleh dilakukansetelah setiap pemain telah membuat pergerakan yang pertama, melainkanpersetujuan dari kedua-duanya.5.Setiap pemain dikehendaki mengendalikan jamnya menggunakan tangan sama yangdigunakan untuk mengendalikan buah-buah caturnya. Bagaimanapun, pemaindibenarkan menggunakan kedua-dua tangannya untuk membuat gerakan penukaranKing (castling).6.Ketua Arbiter sebelum pertandingan dimulakan, akan menentukan arah mana mukajam harus dihalakan dan pemain hitam bolehlah memilih sebelah papan tempatduduknya. Kebiasaannya jam diletakkan sebelah kanan pemain hitam.7.Seorang pemain tidak dibenarkan untuk meletakkan jarinya di atas butang penekanjam catur sama ada semasa sepanjang permainan atau sementara sahaja.8.Sepanjang permainan, setiap pemain adalah tidak dibenarkan untuk mengangkat jamcatur.KEMENANGAN.9.Permainan akan dimenangi oleh pemain:1.yang telah membuat ‘checkmate’ ke atas lawannya, atau2.yang lawannya telah mengaku kalah, atau

3.yang bendera jam lawannya telah jatuh dahulu pada bila-bila masa sahaja sebelumpermainan berakhir seperti yang telah disebutkan.10.Seseorang pemain dikehendaki menuntut kemenangannya sendiri denganmemberhentikan jam catur dan memberi tahu Arbiter. Untuk menuntut kemenangandengan cara 9.3, bendera pemain hendaklah belum jatuh dan bendera lawanhendaklah jatuh selepas jam diberhentikan. Sekiranya kedua-dua bendera sudahjatuh, maka permainan akan diisytiharkan sebagai seri (undang-undang 11.1).SERI.11.Permainan adalah seri mengikut undang-undang biasa permainan catur dan juga:a.sekiranya kedua-dua bendera jam catur sudah jatuh, ataub.bendera jam catur pemain sudah jatuh dan lawannya ternyata tidak bolehmembuat ‘checkmate’, atauc.pemain yang kesuntukan masa sekiranyab.yang ternyata menang, atauc.yang lawannya meneruskan permainan yang nyata akan seri, pemain itu bolehlahmeminta keputusan seri, dan sekiranya Arbiter bersetuju, permainan bolehlahdisahkan sebagai seri.12.Ada kalanya dalam gilirannya, tiada satu buah pun dapat digerakkan, Raja (King)pula tidak dalam ‘check’ dan baginya tiada pula cara bergerak yang diiktiraf,misalnya ia tidak boleh bergerak ke sesuatu tapak tanpa terkena ‘check’. Kedudukanini dinamakan ‘Stalemate’ dan menyebabkan permainan tamat dengan keputusanseri.13.Permainan juga boleh dikirakan sebagai seri, tetapi hanya sebelum bendera jamcatur pemain yang menuntut jatuh, dan disokong oleh kertas rekod pergerakan yanglengkap,a.Sekiranya seseorang pemain itu dapat menunjukkan pengulangan ‘check’ ataupunpengulangan posisi secara memaksa (force). Sekiranya tuntutan itu salah, pemainlawan akan diberikan masa tambahan 2 minit.b.Sekiranya pihak lawan tidak mempunyai peluang kemenangan yang wajar (sekiranyatuntutan itu salah, pemain lawan akan diberi masa tambahan sebanyak 2 minit)1.sekiranya pemain mempunyai Queen (atau Knight atau Bishop atau pawn)2.sekiranya pemain mempunyai Queen lawan Queen (atau Bishop atau Knight)3.sekiranya pemain mempunyai Bishop (atau Knight) lawan Bishop (atau Knight)4.sekiranya pemain mempunyai Bishop lawan pawn, Knight lawan pawn, Queenlawan pawn dan di dalam setiap keadaan, pihak lawannya tidak bolehmemaksa kemenangan5.sekiranya King lawan pawn ‘a’ atau pawn ‘h’ dan Bishop yang mengawal petakberlainan, dan King hendaklah mengawal petak promosi6.di dalam semua kes, pemain yang menuntut boleh mempunyai buah caturtambahan.


c.Sekiranya kedua-dua King berada di dalam keadaan ‘check’ dan seorang pemain akanmembetulkan posisi pergerakan terakhir yang dibuat hendaklah ditentukan dan posisiyang betul perlu diatur. Sekiranya mustahil dilakukan dengan pergerakan terakhiryang telah dibuat seseorang pemain, maka permainan akan diisytiharkan seri.14.Pemain yang bermain buah putih dikehendaki memberitahu Arbiter sekiranyapermainan itu berkeputusan seri.ARBITER.15.Sekiranya terdapat masalah, salah seorang pemain yang ingin membuat pengaduan,dibenarkan memanggil Arbiter dan ia mestilah menggunakan masanya sendiri.16.Arbiter tidak dibenarkan untuk mengendalikan jam catur dan hanya boleh berbuatdemikian bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau sekiranya dimintaoleh kedua-dua pemain.17.Pemerhati ataupun pemain lain tidak dibenarkan untuk bercakap atau menggangguperjalanan permainan. Sekiranya seseorang pemerhati didapati berbuat demikian,seperti memberitahu bendera jatuh atau pergerakan, Arbiter berhak untukmembatalkan permainan itu dan meminta supaya permainan baru dimulakan, danmeminta supaya pemerhati itu meninggalkan dewan permainan. Arbiter hendaklahjuga mengawal dirinya dari berbuat demikian seperti memberitahu bendera jatuhatau pergerakan yang salah kerana ini adalah tanggungjawab pemain masing-masing.MEREKODKAN PERGERAKAN.18.Pemain hendaklah menulis gerakannya sendiri dan gerakan lawannya di helaiancatatan yang disediakan dalam notasi algebra, jelas dan mudah dibaca.19.Helaian catatan hendaklah diletakkan yang mana boleh dilihat oleh Arbiter padasepanjang masa perlawanan.20.Helaian catatan adalah menjadi hak milik Daerah atau Sekolah Penganjur.21.Jika seseorang pemain tinggal lima minit lagi pada jam caturnya, ia tidak perlu lagimenulis gerakannya.22.Untuk membuat bantahan, catatan pergerakan yang lengkap seseorang pemainperlulah dikemukakan.HAL-HAL LAIN.23.Sekiranya seseorang pemain itu secara tidak sengaja menjatuhkan buah caturnya, iahendaklah membetulkan kedudukan buah caturnya itu menggunakan masanyasendiri. Sekiranya perlu, pihak lawan boleh memulakan jam pemain itu dan tidakmembuat apa-apa pergerakan untuk memastikan bahawa pemain tersebutmembetulkan kedudukan buah menggunakan masanya sendiri.24.Permainan hendaklah mengikut Undang-undang FIDE yang mana adalah bersamaandengan undang-undang ini. Sekiranya pemain memegang sesuatu buah catur yanglain, lawannya hendaklah memulakan semula jam caturnya dan sekiranya perlu,


memberitahu dia mesti membuat pergerakan seperti yang tercatat di dalam ArtikelUndang-undang FIDE.25.Pergerakan salah yang tidak dilihat oleh kedua-dua pemain tidak boleh diperbetulkankemudiannya kecuali jika ia berkaitan dengan 13.3.26.Sebelum pertandingan ini dimulakan, Daerah atau Sekolah Penganjur hendaklahmemberikan salinan undang-undang ini kepada setiap peserta, atau sekiranya iatidak boleh dilakukan, salinan yang secukupnya mestilah ditampal di dalam dewankejohanan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum pertandingan dimulakan.27.Sekiranya selepas dituntut oleh pemain lawan, dan dengan persetujuan Arbiter, jika:a.seseorang pemain itu telah melanggar peraturan Artikel 7 atau 8 atau 23atau 24 undang-undang ini atau Artikel 15.1 (d) Undang-undang catur FIDEataub.seseorang pemain telah membuat pergerakan yang salah, atauc.seseorang pemain itu untuk kali yang kedua dan seterusnyaa.melanggar peraturan Artikel 2 atau Artikel 5 undang-undang ini, ataub.sekiranya pemain telah membuat pergerakan yang mencurigakan, makaArbiter boleh mendenda pemain dengan menambah 2 minit masa tambahankepada lawannya.28.Permainan menggunakan peraturan-peraturan ini hendaklah dikira (rated) sepertipermainan 60 minit sebagai permainan biasa.29.Di dalam pertandingan yang mana telah ditentukan menggunakan kawalan masa 60minit seorang pemain satu permainan, tidak boleh lebih 3 permainan dibenarkan didalam masa satu hari. Tambahan boleh dibuat mengikut persetujuan pemain-pemainatau pegawai-pegawai.*** NOTA:Undang-undang ini telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada BahasaMelayu. Sekiranya terdapat kesalahan atau kesukaran, undang-undangasalnya di dalam Bahasa Inggeris akan digunakan dan berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...